Kelas Asas ICT bersama Buceros Enterprise

12 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 September 2019, Rabu, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas ICT yang bermula dari pukul 9:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 9 orang kakitangan daripada Buceros Enterprise.

Peserta didedahkan dengan asas Microsoft Excel, Microsoft Powerpoint dan internet. Peserta didedahkan dengan asas pengiraan, cara merekod data, cara membuat slaid dan cara menggunakan email serta Google Drive.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali